Pemasaran Emel Pukal – Apakah Kesannya Terhadap Bisnes Anda?

Hari ini, terdapat pelbagai jenis strategi pemasaran dalam dunia perniagaan. Pemilik bisnes pula semakin kretif dalam mempromosikan perniagaan mereka ditambah lagi dengan kemajuan teknologi terkini. Menyebarkan maklumat tentang kewujudan produk dan servis anda kepada orang ramai sekarang ini adalah jauh lebih mudah disebabkan oleh Internet.

Kelahiran Internet atau WWW (World Wide Web) telah mewujudkan satu alat yang paling berguna dan inovatif untuk mana-mana jenis perniagaan. Ianya menyediakan jalan komunikasi yang lebih mudah di antara para pengguna Internet dari seluruh dunia. Selain itu, Internet juga membuka jalan untuk perkongsian maklumat, idea, konsep dan apa-apa sahaja di antara para pengguna Internet, tidak kira dari mana asal mereka atau di mana mereka berada. Continue reading

Posted in Email Marketing | Tagged as: , , , , | 3 Comments

Didik Diri Dengan Ilmu Kewangan!

Ramai orang gagal menguruskan wang masing-masing hanya kerana tiada displin dan gagal mematuhi apa yang telah dirancangkan sebelum ini. Ramai juga yang masih keliru dengan asas-asas dan prinsip-prinsip simpanan serta pelaburan yang sebenarnya.

Masih ramai yang tiada idea tentang simpanan sebenarnya, biarpun mereka sendiri telah membuat simpanan. Begitu juga dengan pelaburan, ramai yang melabur tetapi tidak faham kenapa mereka melabur. Bahkan ada yang tidak tahu kenapa mereka terpaksa berhutang?

Ada juga yang terlalu fokus dan terkejar-kejar keuntungan segera sehingga sanggup mengenepikan logik dan prinsip pelaburan dan keuntungan. Akibatnya lebih ramai yang berputih mata menanggung kerugian daripada mengaut keuntungan yang berganda!

Tidak kira berapa banyak wang yang kita perolehi, sedikit atau banyak bukanlah ukurannya. Apa yang lebih penting ialah untuk mendidik diri kita sendiri tentang pengurusan kewangan yang wajib kita kuasai.

Memperolehi wang yang banyak belum tentu membuatkan kewangan kita berada dalam kedudukan kewangan yang baik dan stabil.Ini kerana lebih ramai orang yang berhadapan dengan masalah kewangan sebaik sahaja memperolehi wang yang banyak. Kenapa begitu? Mungkin ada di antara kita yang tertanya-tanya. Sudah tentu jawapannya kerana gagal menguruskan wang dengan baik dan teratur.Semua orang tahu yang wang itu tidak mudah untuk diperolehi. Ini kerana ianya tidak tumbuh semudah daun-daun di pohon kayu. Namun begitu adalah tidak mustahil untuk kita membuatkan ianya  tumbuh dengan baik jika kita tahu teknik bagi menguruskannya dengan bijaksana.

Persoalannya “Bagaimana untuk menguruskan wang dengan efektif?”

Masih ramai yang tidak jelas dengan perkara ini. Kita dapat lihat ramai orang yang membuat wang dan menguruskannya dengan cara yang tersendiri tetapi hakikatnya tidak faham dengan apa yang telah mereka lakukan.Dengan mengetahui bagaimana untuk menguruskan wang dengan baik dan teratur, secara tidak langsung ianya akan membantu kedudukan kewangan kita berada dalam keadaan yang lebih baik dan menguntungkan.Pengetahuan ini amat penting dalam kehidupan kita kerana tanpanya sudah pasti hidup kita dilanda masalah kewangan yang membebankan. Kita dapat lihat, mereka yang berhadapan dengan masalah adalah terdiri daripada mereka yang tidak tahu atau dengan lain perkataan tidak memilki ilmu pengetahuan tentang pengurusan kewangan, baik simpanan, perlindungan insurans/takaful dan juga pelaburan.Untuk menguruskan kewangan, kita tidak perlu menjadi seorang yang pakar dalam kewangan atau memiliki �Master� untuk menguruskan kewangan dengan baik, tetapi sekurang-kurangnya kita perlu menguasai asas-asasnya, itu sudah memadai.

Bagi tahap keperluan yang lebih advance kita serahkan sahaja kepada pakar. Apa gunanya jika kita tahu tapi kita gagal melaksanakannya. Apa gunanya jika kita menguasai teori tetapi gagal dalam pelaksanaannya. Begitulah juga keadaannya dalam menguruskan kewangan terutama sekali dalam membuat simpanan, menguruskan hutang, membeli polisi insurans/takaful dan membuat pelaburan. Memadailah untuk kita mengetahui beberapa asas-asas kewangan yang betul (termasuk pengetahuan untuk menyediakan pelan perancangan) apa yang lebih penting kita sanggup untuk mematuhinya.

Artikle Ditulis Oleh

Khairulnahar a.k.a Thinkerich merupakan Blogger dan juga Usahawan Internet yang banyak berkongsi maklumat berkaitan pengurusan kewangan terutama sekali dalam niche ‘Kewangan Peribadi’. Sehingga kini beliau telah menulis lebih 15 buah ebook dalam niche ‘Kewangan Peribadi’ termasuk judul paling laris setakat ini “Panduan Wang Gaji” & “Panduan Bebas Hutang”. Buku beliau berjudul Bajet Wang – 7 Cara Untuk Mengatasi Masalah Kekurangan Wang telah pun berada dipasaran sejak tahun 2009 dan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan sehingga kini. Matlamat beliau adalah untuk membantu orang ramai menguasai kewangan peribadi masing-masing agar menjadi lebih baik dan teratur. Untuk mempelajari bagaimana hendak mengurus wang dengan lebih efektif, anda boleh lawati link berikut : www.tips.kewanganperibadi.com

Posted in motivasi | Tagged as: , , , | 1 Comment

Review Facebook Mania

hari ini saya cuma membuat review tentang produk terbaru Ammar Zahar yang tengah hangat dipasaran.  teruskan membaca review dari saya…

Manuskrip Facabook Mania

dalam manuskrip ini ammar menunjukkan 7 bab/perkara yang perlu ada untuk anda menjana wang melalui facebook .
antara 7 perkara tersebut adalah

1.teknik menggunakan facebook untuk perniagaan
2.penjenamaan maksima menggunakan facebook
3.mewujudkan pengaruh melalui group facebook
4.menambah perisa perniagaan dengan facebook page
5.memaksimumkan penggunaan group facebook dan facebook page
6.9 strategi menjadi usahawan berpengaruh di facebook
7.buat duit melalui facebook.

saya akan review kesemua 7 perkara tersebut untuk anda lebih berkeyakinan untuk mendapatkan facebook mania ini.. Continue reading

Posted in Review Produk | Tagged as: , , | 5 Comments

Definisi Dan Bagaimana Sistem Autoresponder Bekerja

sebelum ini saya ada kongsikan  Pentingnya Email List Kepada Dunia Peniagaan Online.. sebab saya lihat ramai yang kurang jelas   lagi apa itu auto responder . jadi saya terangkan sedikit lagi..

Apakah maksud sistem autoresponder?

Sistem autoresponder adalah merupakan satu sistem yang digunakan untuk mengurus segala aktiviti penghantaran email secara automatik kepada pengguna atau pelanggan yang telah mendaftar ke dalam sistem tersebut.

Mengapa pentingnya sistem autoresponder ini untuk segala aktiviti pemasaran internet anda?

Pertamanya, sistem ini diperlukan untuk menyimpan segala data – data pelanggan anda terutama sekali data seperti nama dan alamat email mereka.

Pentingnya menyimpan data pelanggan anda tersebut adalah supaya anda boleh melakukan “follow up” terhadap mereka di kemudian hari. Continue reading

Posted in Email Marketing | Tagged as: , , , | 3 Comments

SEDARKAH ANDA. PENGLIHATAN ANDA SEMAKIN KABUR…

Sedarkah anda, banyak aktiviti harian anda menyumbang kepada kerosakkan mata anda. Setiap hari anda melemahkan daya penglihatan anda tanpa anda sedari. Satu yang membimbangkan. Dan lebih merugikan anda terpaksa menghabiskan ratusan ringgit malahan ribuan ringgit untuk mata anda. Mahukan anda saya tunjukkan cara menggurangkan power cermin mata anda dari terus naik.  Atau kebarangkalian tinggi menggelakkan anda dari mula memakai cermin mata.

Ini bukan cakap kosong kerana senaman mata telah dihasilkan semenjak tahun 1919 oleh pakar  ophthamology di negara barat. Sehingga sekarang kajian diteruskan sehingga menghasilkan pelbagai  jenis senaman mata. Melalui ujian yang dibuat mendapati senaman mata mampu meningkatkan daya penglihatan anda, mengurangkan kekaburan dan menguatkan otot mata.

Ingin mencuba senaman mata yang mencabar dan membantu menguatkan penglihatan???

Anda diberikan gambarajah dua bulatan seperti dibawah

Anda perlu menghasilkan bulatan ketiga dengan daya penglihatan anda.

Mampukah anda menghasilkan bulatan ketiga berdimensi???

Bulatan ketiga yang betul akan terapung di atas permukaan kertas.

Mampukah anda melakukannya tanpa bantuan pensil???

Ingin menyahut cabaran ini?? – PERCUMA SAHAJA
Klik link download dibawah – ebook senaman mata
http://www.kincin.com/ebookmata.html

Posted in Review Produk | Tagged as: | Leave a comment

EBook Rahsia Affiliate kerajaan dan kekurangan ebook ini

Lama juga saya tidak membuat posting artikle di blogyoji.com ni.. kemana saya pergi agak-agaknya ya.. :) . saya mempunyai sedikit masalah dengan program yang saya buat dan terpaksa saya berikan tumpuan dahulu kepada program saya tu.. tapi anda jangan salah faham pula.. bukan program buat software ke apa2 ke.. nie program yang saya selalu buat untuk menjana wang melalui internet.. anda jangan salah faham pula… mesti fikir saya buat MLM ke apa yang berkaitan.. program yang saya maksudkan seperti jana wang dengan adsense, affiliate, produk sendiri dan berkaitan dengannya.. insyallah selepas ini saya akan lebih konsisten dalam membuat posting dalam blog ini sebab masalah sudah hampir selesai dan pada anda tidak lupa salah satu azam saya pada post sebelum ini ialah membuat posting berguna kepada anda…

ok la cukup panjang saya bercerita ya.. balik pada tajuk asal saya EBook Rahsia Affiliate kerajaan dan kekuranganyang ada pada ebook ini..sebelum itu saya hendak cerita tentang siapa pemilik ebook ini..sebab sebelum kita membeli sesuatu ebook kita juga perlu memlihat latar belakang penulis kerana betul ke apa yang ditulis dalam ebook itu penulis amalkan dengan jayanya… Pemilik eBook Rahsia Affiliate ini adalah Saudara Jamaluddin Bahari atau lebih dikenali di internet dengan JaMaL atau nama id yang selalu beliau gunakan untuk sertai affiliate iaitu kerajaan.. itu baru saya cerita nama dia.. bunyi pun dah gerun untuk yang pernah sertai affiliate bersama beliau.. kenapa saya cakap cam tu.. sebab sudah semestinya beliau akan mendapat tempat pertama atau top 5 dalam cabaran affiliate.. beliau juga pernah menerima gelaran King Of Affiliate bagi produk Pakar Affiliate..  ok.. cuba lihat senarai kejayaan beliau dibawah.. ia adalah untung bersih yang beliau dapat… kesemua nilai dibawah bernilai 5 angka apabila..  memang pelikan.. cam ne la beliau dapat hasil cam nie…

- RM4900 dalam masa 10 hari (pengurusankewangan1) – Mei 09
- RM4000 dalam masa 2 hari saja (pengurusankewangan2) – Jul 09
- RM3000++ dalam masa 5 hari (Russel Brunson) – Nov 09
- RM3000++ dalam masa 2 minggu (T4WTF) – Jul 09
- RM500++ dalam masa seminggu (buatduitraya) -  Sept 09
- RM 1490++ dalam masa 2 minggu (bahasainggeris) – Nov 09
- RM 720++ dalam masa seminggu (zerotohero) – Nov 09
- RM1100 (komisyen dan hadiah) dalam masa sebulan (Pakar Affiliate) Dis 2009
- RM 540 dalam masa sebulan (Pemikat Jualan) – Jan 2010
- RM 800 dalam masa 2 minggu (keajaiban penjimatan) – Jan 2010
- RM5000++ lagi dengan PPL tempatan dan juga produk – produk lain

Nak tengok bukti lagi terus ke site  www.affiliatekerajaan.com lihat pada bahagian tengah.. Continue reading

Posted in Perniagaan Internet, Review Produk | Tagged as: , , , , | 6 Comments

Pentingnya Email List Kepada Dunia Peniagaan Online..

Artikle  kali ini saya nak bincangkan tentang kenapa Email List sangat penting kepada dunia perniagaan online.. Ramai yang masih kurang faham kenapa Email List ini penting dan ada juga email yang dihantar tanpa keizinan tuan punya hak email itu dianggap sebagai mailing list walaupun ia adalah email haram  dalam bahasa online adalah email SPAM yang juga boleh disabitkan kesalahan dalam undang-undang teknologi maklumat.. Kenapa saya kata begitu , kerana sekarang terlalu ramai yang tidak mengikut jalan yang betul dalam penghantaraan email.. Secara mudah mailing list mengikut kaedah yang betul dalam penghantaran email adalah email yang di persetujui oleh pemilik email untuk dihantar  kedalam inbox mereka. Sebagai contoh saya ambil satu site yang saya bina iaitu 20 ebook percuma http://style-bizz.com/20ebookpercuma/ … Disitu saya telah sediakan ruang untuk anda masukkan email dan nama dan anda juga bersetuju akan menerima email dari saya.. itu adalah cara yang betul bagaimana anda mendapatkan email list dan menghantar dengan cara yang betul.. bukan dengan memasukkan email sesiapa sahaja yang anda juga tidak kenal dan email sesuka hati atau membeli email sesuka hati…. Ia adalah salah satu cara tidak beretika… Anda pun mesti marah apabila menerima email yang anda sendiri tidak tahu datangnya dari mana… Continue reading

Posted in Perniagaan Internet | Tagged as: , , , | 35 Comments

Kenapa Blog Peribadi Diperlukan

Sebelum saya terangkan kenapa kita perlukan blog peribadi.. saya akan terang serba sedikit apa itu blog.. sebab mungkin anda yang membaca ini belum tahu apa itu blog..  Blog adalah himpunan-himpunan artikle yang digunakan untuk menyatakan pendapat peribadi atau hasil kajian mengenai sesuatu perkara yang sentiasa dikemas kini setiap hari ataupun setiap minggu.. Secara ringkas blog dari bahasa senang adalah diari harian online..  Ramai yang anggap nak pasang blog nie orang yang expert sahaja boleh buat dalam pembinaan blog ni.. hakikatnya hampir setiap saat lahir blog-blog baru …  itu juga menunjukkan yang blog senang dibina dan diuruskan … Istilah asas dalam blog ialah blogging dan blogger..  Blogging adalah adalah aktiviti mengemaskini atau menguruskan blog dan blogger pula adalah penulis yang menulis artikle…. itu lah serba sedikit tentang apa itu blog…

Kembali kepada topik asal iaitu kenapa kita perlukan blog peribadi..  mungkin anda yang sedang membaca sekarang rasakan yang membina blog ini tidak penting.. ok tidak mengapa.. teruskan bacaan anda.. sebab kenapa kita perlukan blog adalah untuk mengembangkan lagi idea yang kita  ada supaya kita boleh berkongsi idea dengan orang lain juga tentang  apa yang kita bincangkan.. mungkin ada sesuatu yang anda tidak pasti  akan dikongsikan juga oleh rakan-rakan blog kita yang melawat masuk  dalam blog kita ini dengan memberi komen dan dari komen tersebut anda akan mendapat idea…. dan dengan komen-komen itu juga ada rakan-rakan yang memberi pendapat yang belum pernah anda fikirkan sebelum ini… Continue reading

Posted in Perniagaan Internet | Tagged as: , , | 30 Comments

Langkah Bijak Berjimat Cermat

Pada post kali ini mungkin tulisan saya ini sedikit panjang.. Anda Sudah sedia pasti yang harga barang dinegara kita sudah meningkat jualan nya pada setiap tahun.. tapi seperti yang kita lihat rakyat malaysia tetap macam biasa.. macam biasa dalam erti kata saya ialah rakyat malaysia berbelanja macam tidak ada kesan atas kenaikan harga barang.. kenapa itu berlaku ya.. Mungkin rakyat malaysia nie tergolong dari golongan orang berpendapatan mewah atau sudah menjadi kebiasaan kepada kita  harga barang sudah naik atau kita sudah bersedia yang harga barang akan naik .. Walau apa pun kita fikirkan saya rasa kita perlu lah mulakan berjimat cermat.. pada yang dah berjimat cermat tahniah kepada anda kerana itulah langkah terbaik untuk menjamin kewangan  masa depan anda… Bukan apa kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada kita pada masa akan datang jadi elok  la kita berjimat cermat.. Pada awal tahun ini elok lah kita mulakan azam baru ini dengan berjimat cermat.. Buat target anda tahun ini dan laksanakan supaya target anda tercapai..

ok saya sediakan pada anda Tip-tip amalan berjimat cermat yang perlu anda ikuti Continue reading

Posted in motivasi | Tagged as: , | 4 Comments

Kunci Kekayaan Seorang Usahawan

Di dalam mana-mana perniagaan pun, kunci utama yang mampu membuatkan perniagaan tersebut untuk terus ‘bernafas’ dan menguntungkan ialah memenuhi segala permintaan para pelanggan atau prospek mereka. Anda sebagai seorang usahawan seharusnya mampu untuk menjawab beberapa persoalan seperti berikut.

Apakah tujuan utama pelanggan anda membeli produk atau perkhidmatan anda? Apakah masalah nombor satu para pelanggan anda yang boleh anda selesaikan untuk mereka melalui produk atau servis anda? Anda dapat menjawab persoalan-persoalan ini? Jika tidak, ini bermakna anda mungkin sukar untuk mendapatkan jualan seperti yang anda inginkan. Menjalankan aktiviti pemasaran yang lebih berorientasikan pelanggan berbanding diri kita atau produk kita memang agak mencabar. Tidak dapat dinafikan. Para usahawan seharusnya melihat perniagaan mereka dari pandangan prespektif para pelanggan. Bukan hanya memfokuskan tentang ciri-ciri produk atau servis anda. Oleh itu persoalan sekarang, bagaimana kita ingin melihat perniagaan kita dari kaca mata seorang pelanggan? Jawapannya mudah sahaja, TANYA MEREKA! Mudah bukan jawapannya, memang itulah hakikatnya. Ia bukan sesuatu yang baru anda dengar. Continue reading

Posted in motivasi | Tagged as: , | 4 Comments