Definisi Dan Bagaimana Sistem Autoresponder Bekerja

sebelum ini saya ada kongsikan  Pentingnya Email List Kepada Dunia Peniagaan Online.. sebab saya lihat ramai yang kurang jelas   lagi apa itu auto responder . jadi saya terangkan sedikit lagi..

Apakah maksud sistem autoresponder?

Sistem autoresponder adalah merupakan satu sistem yang digunakan untuk mengurus segala aktiviti penghantaran email secara automatik kepada pengguna atau pelanggan yang telah mendaftar ke dalam sistem tersebut.

Mengapa pentingnya sistem autoresponder ini untuk segala aktiviti pemasaran internet anda?

Pertamanya, sistem ini diperlukan untuk menyimpan segala data – data pelanggan anda terutama sekali data seperti nama dan alamat email mereka.

Pentingnya menyimpan data pelanggan anda tersebut adalah supaya anda boleh melakukan “follow up” terhadap mereka di kemudian hari.

Keduanya pula adalah, anda perlu mengautomasikan segala proses penghantaran email. Bayangkan jika anda mempunyai 1000 orang pelanggan…  Adalah teramat sukar untuk anda menghubungi mereka satu persatu untuk proses “check up” atau “follow up”.

Jika menggunakan sistem autoresponder, semua proses ini boleh dilakukan secara automatik selepas anda menetapkan proses penghantaran email.

Ketiga, penggunaan sistem autoresponder dapat memudahkan anda menghubungi pelanggan – pelanggan anda pada bila – bila masa sahaja.

Anda boleh sediakan sejumlah email yang ingin dikirimkan kepada pelanggan – pelanggan anda dan tetapkan masa penghantarannya mengikut kehendak anda. Sistem autoresponder akan menguruskan segala proses penghantaran secara berkala mengikut tempoh yang telah anda set kan pada sistem.

Malah, anda juga boleh menetapkan pelbagai kempen pemasaran email tanpa ada sebarang masalah seperti email bercampur aduk kerana setiap kempen email yang ditetapkan akan disimpan pada database tersendiri.

Sistem autoresponder boleh diumpamakan sebagai seorang setiausaha atau sebagai seorang personal assistant yang bertindak menyelia segala aktiviti pemasaran email anda.

Secara ringkasnya, proses kerja sistem autoresponder adalah seperti berikut:

  1. Anda bina kempen pemasaran email yang diperlukan pada sistem autoresponder.
  2. Anda dapatkan code borang subscribe (OPT-IN) kempen pemasaran yang telah dibina untuk dimasukkan ke dalam laman web anda.
  3. Web yang telah mengandungi borang subscribe tersebut dipromosikan.
  4. Pelawat yang melayari ke web tersebut akan mendaftar pada borang subscribe dengan memasukkan nama dan alamat email mereka.
  5. Data mereka akan disimpan ke dalam database kempen pemasaran autoresponder yang terlibat
  6. Seterusnya sistem autoresponder akan bekerja menghubungi pelawat – pelawat yang telah mendaftar pada sistem dengan mengirimkan email – email yang telah anda tetapkan sewaktu pembinaan kempen pemasaran tersebut.

Sistem autoresponder ini akan bekerja setiap hari selama 24 tanpa henti berdasarkan tempoh kala masa yang anda tetapkan untuk sistem ini beroperasi.

Sebagai contoh, anda membina kempen pemasaran email A. Dalam kempen ini, anda menetapkan 3 email penghantaran iaitu:

  • Email yang pertama adalah ucapan terima kasih anda terhadap pelawat yang telah mendaftar ke dalam sistem autoresponder. Email ini dikirimkan sejurus selepas pelawat mendaftar.
  • Email kedua pula anda tetapkan tempoh penghantarannya 2 hari selepas pendaftaran pelawat. Dalam email ini mungkin anda bertanyakan khabar pelawat.
  • Dan email yang terakhir, iaitu email ketiga, anda tetapkan 7 hari selepas pendaftaran pelawat. Dalam email ini anda mungkin mempromosikan produk jualan anda.

Katakan Ali mendaftar pada kempen pemasaran email A anda. Selepas pendaftaran sahaja, beliau akan menerima email pertama yang dikirimkan oleh sistem autoresponder.

Kemudian, pada hari kedua selepas beliau mendaftar, beliau akan menerima kedua dan pada hari ketujuh, email ketiga dikirimkan. Segala proses ini dijalankan secara automatik oleh sistem autoresponder tanpa campur tangan anda.

Anda hanya perlu SET kan proses tersebut pada awal pembinaan kempen pemasaran tersebut dan sistem akan bekerja mengikut arahan. jika anda kurang faham atau pendapat sudi-sudilah komen ya.. :)

saya baru sahaja lancarkan 1  Pakej Tutorial Sistem Autoresponder . Pakej ini akan menunjukkan anda lebih jelas tentang sistem dan pemasangan autoresponder. anda boleh dapatkannya sekarang dengan harga promosi sebelum saya menaikan harga tersebut.

http://sistemautoresponder.style-bizz.com/

ok , kita jumpa lagi ya.. :)

Posted in Email Marketing | Tagged as: , , , | 3 Comments

3 Responses to Definisi Dan Bagaimana Sistem Autoresponder Bekerja

  1. Fizzi says:

    Yup bro.. informasi yang bernas.. ramai yang tidak realise kepentingannya khususnya ahli-ahli perniagaan.. Ia bukan sahaja digunakan oleh IM malah juga boleh digunakan oleh peniaga-peniaga kecil yang menajalankan perniagaan offline.. syabas bro!

  2. Mantra says:

    Salam bro yoji,
    thanks atas info diatas.
    Sememangnya list memberi pendapatan lumayan kepada kita…
    kalau tahu menggunakannya..

  3. Saya suka post ni, terima kasih. Apa yang saya dapati sekarang ramai yang masih tidak faham akan kepentingan Autoresponder. Apa pendapat bro kalau sy katakan ramai yang suka menggunakan kaedah free dengan menggunakan Facebook sebagai medium promosi untuk menggantikan autoresponder?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>