Didik Diri Dengan Ilmu Kewangan!

Ramai orang gagal menguruskan wang masing-masing hanya kerana tiada displin dan gagal mematuhi apa yang telah dirancangkan sebelum ini. Ramai juga yang masih keliru dengan asas-asas dan prinsip-prinsip simpanan serta pelaburan yang sebenarnya.

Masih ramai yang tiada idea tentang simpanan sebenarnya, biarpun mereka sendiri telah membuat simpanan. Begitu juga dengan pelaburan, ramai yang melabur tetapi tidak faham kenapa mereka melabur. Bahkan ada yang tidak tahu kenapa mereka terpaksa berhutang?

Ada juga yang terlalu fokus dan terkejar-kejar keuntungan segera sehingga sanggup mengenepikan logik dan prinsip pelaburan dan keuntungan. Akibatnya lebih ramai yang berputih mata menanggung kerugian daripada mengaut keuntungan yang berganda!

Tidak kira berapa banyak wang yang kita perolehi, sedikit atau banyak bukanlah ukurannya. Apa yang lebih penting ialah untuk mendidik diri kita sendiri tentang pengurusan kewangan yang wajib kita kuasai.

Memperolehi wang yang banyak belum tentu membuatkan kewangan kita berada dalam kedudukan kewangan yang baik dan stabil.Ini kerana lebih ramai orang yang berhadapan dengan masalah kewangan sebaik sahaja memperolehi wang yang banyak. Kenapa begitu? Mungkin ada di antara kita yang tertanya-tanya. Sudah tentu jawapannya kerana gagal menguruskan wang dengan baik dan teratur.Semua orang tahu yang wang itu tidak mudah untuk diperolehi. Ini kerana ianya tidak tumbuh semudah daun-daun di pohon kayu. Namun begitu adalah tidak mustahil untuk kita membuatkan ianya  tumbuh dengan baik jika kita tahu teknik bagi menguruskannya dengan bijaksana.

Persoalannya “Bagaimana untuk menguruskan wang dengan efektif?”

Masih ramai yang tidak jelas dengan perkara ini. Kita dapat lihat ramai orang yang membuat wang dan menguruskannya dengan cara yang tersendiri tetapi hakikatnya tidak faham dengan apa yang telah mereka lakukan.Dengan mengetahui bagaimana untuk menguruskan wang dengan baik dan teratur, secara tidak langsung ianya akan membantu kedudukan kewangan kita berada dalam keadaan yang lebih baik dan menguntungkan.Pengetahuan ini amat penting dalam kehidupan kita kerana tanpanya sudah pasti hidup kita dilanda masalah kewangan yang membebankan. Kita dapat lihat, mereka yang berhadapan dengan masalah adalah terdiri daripada mereka yang tidak tahu atau dengan lain perkataan tidak memilki ilmu pengetahuan tentang pengurusan kewangan, baik simpanan, perlindungan insurans/takaful dan juga pelaburan.Untuk menguruskan kewangan, kita tidak perlu menjadi seorang yang pakar dalam kewangan atau memiliki �Master� untuk menguruskan kewangan dengan baik, tetapi sekurang-kurangnya kita perlu menguasai asas-asasnya, itu sudah memadai.

Bagi tahap keperluan yang lebih advance kita serahkan sahaja kepada pakar. Apa gunanya jika kita tahu tapi kita gagal melaksanakannya. Apa gunanya jika kita menguasai teori tetapi gagal dalam pelaksanaannya. Begitulah juga keadaannya dalam menguruskan kewangan terutama sekali dalam membuat simpanan, menguruskan hutang, membeli polisi insurans/takaful dan membuat pelaburan. Memadailah untuk kita mengetahui beberapa asas-asas kewangan yang betul (termasuk pengetahuan untuk menyediakan pelan perancangan) apa yang lebih penting kita sanggup untuk mematuhinya.

Artikle Ditulis Oleh

Khairulnahar a.k.a Thinkerich merupakan Blogger dan juga Usahawan Internet yang banyak berkongsi maklumat berkaitan pengurusan kewangan terutama sekali dalam niche ‘Kewangan Peribadi’. Sehingga kini beliau telah menulis lebih 15 buah ebook dalam niche ‘Kewangan Peribadi’ termasuk judul paling laris setakat ini “Panduan Wang Gaji” & “Panduan Bebas Hutang”. Buku beliau berjudul Bajet Wang – 7 Cara Untuk Mengatasi Masalah Kekurangan Wang telah pun berada dipasaran sejak tahun 2009 dan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan sehingga kini. Matlamat beliau adalah untuk membantu orang ramai menguasai kewangan peribadi masing-masing agar menjadi lebih baik dan teratur. Untuk mempelajari bagaimana hendak mengurus wang dengan lebih efektif, anda boleh lawati link berikut : www.tips.kewanganperibadi.com

Posted in motivasi | Tagged as: , , , | 1 Comment

One Response to Didik Diri Dengan Ilmu Kewangan!

  1. zamrii says:

    pengurusan kewangan adalah perkara basic yang dilihat perlu ada untuk setiap orang. Ini kerana kebanyakan ramai yang membelanjakan wangnya ke arah yang bukan satu keperluan. Dengan melatih diri dalam pengurusan kewangan mampu menjimatkan wang seterusnya membantu dalam masa depan kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>