Kunci Kekayaan Seorang Usahawan

Di dalam mana-mana perniagaan pun, kunci utama yang mampu membuatkan perniagaan tersebut untuk terus ‘bernafas’ dan menguntungkan ialah memenuhi segala permintaan para pelanggan atau prospek mereka. Anda sebagai seorang usahawan seharusnya mampu untuk menjawab beberapa persoalan seperti berikut.

Apakah tujuan utama pelanggan anda membeli produk atau perkhidmatan anda? Apakah masalah nombor satu para pelanggan anda yang boleh anda selesaikan untuk mereka melalui produk atau servis anda? Anda dapat menjawab persoalan-persoalan ini? Jika tidak, ini bermakna anda mungkin sukar untuk mendapatkan jualan seperti yang anda inginkan. Menjalankan aktiviti pemasaran yang lebih berorientasikan pelanggan berbanding diri kita atau produk kita memang agak mencabar. Tidak dapat dinafikan. Para usahawan seharusnya melihat perniagaan mereka dari pandangan prespektif para pelanggan. Bukan hanya memfokuskan tentang ciri-ciri produk atau servis anda. Oleh itu persoalan sekarang, bagaimana kita ingin melihat perniagaan kita dari kaca mata seorang pelanggan? Jawapannya mudah sahaja, TANYA MEREKA! Mudah bukan jawapannya, memang itulah hakikatnya. Ia bukan sesuatu yang baru anda dengar.

Para prospek, pelanggan malah mereka yang menolak tawaran anda juga boleh memberi input-input yang berguna mengenai kelebihan produk anda dan mengapa mereka membeli dari anda.

Mungkin ada dikalangan anda yang menganggap kita memerlukan bilangan pelanggan atau prospek beratus-ratus untuk menjalankan sedikit kajian ini. Ia bukanlah seperti demikian. Anda tidak memerlukan ratusan responden untuk melakukan kajian pasaran tersebut. Walaupun anda buat masa ini mempunyai pelanggan yang sedikit sahaja mungkin dibawah 100 orang, anda boleh saja hubungi mereka dan tanya mereka apa yang membuatkan mereka suka atau beli produk anda.

Berikut ialah beberapa pertanyaan yang boleh anda tanya pelanggan sedia ada anda. Apakah sebab utama yang membuatkan mereka membeli produk anda? Adakah mereka berpuas hati dengan janji yang telah anda penuhi terhadap mereka? Apakah perkara yang mereka tidak berapa suka atau kekurangan pada produk anda? Bagaimana cara anda boleh menambahbaik perniagaan anda? Apakah keperluan lain yang mereka perlukan daripada jenis atau kategori perniagaan anda selain yang pernah anda tawarkan sebelum ini? Bagaimana anda boleh membantu mereka untuk hidup lebih berjaya, bahagia atau menyelesaikan apa sahaja masalah yang mereka hadapi?

Untuk bahagian ini, saya akan terangkan apakah persoalan yang boleh anda kemukakan kepada para prospek anda yang berminat untuk membeli daripada anda. Mereka ini masih belum membeli daripada anda. Prospek anda boleh berada dikalangan para subscribers newsletter anda atau ezine anda. Anda boleh bertanya kepada mereka dengan soalan-soalan berikut. Minta maklum balas mereka mengenai newsletter atau ezine yang telah anda hantarkan kepada mereka. Apakah topik-topik yang mereka ingin tahu dengan lebih mendalam? Bagaimana anda boleh membuatkan mereka lebih gembira dan berjaya?

Percayalah, jika anda lebih banyak ‘mendengar’ dan bertanya kepada para pelanggan atau prospek anda berbanding hanya ‘bersuara’ memperkatakan kehebatan perniagaan anda, matlamat anda menjadi usahawan yang berjaya suatu hari nanti akan tercapai.

Posted in motivasi | Tagged as: , | 4 Comments

4 Responses to Kunci Kekayaan Seorang Usahawan

  1. thinkerich says:

    Yezz..bro,

    Perlu lebih banyak mendengar…dan bertanyakan pelanggan atau prospek apa keperluan dan kemahuan mereka ..

    Ini boleh meningkatkan lagi keuntungan dan juga kualiti produk & perkhidmatan yang kita tawarkan..

  2. Yoji says:

    komen menarik bro.. :) ..
    thanks.. :)

  3. Fizzi says:

    Saya amat suka dengan artikel ini! Satu artikel yang amat berguna kepada para usahawan seperti saya.. ya betul.. usahawan sebenarnya bukanlah sekadar menjual semata-mata.. ia lebih kepada penyelesai masalah! penyelesai masalah para pelanggannya.. kerana itulah usahawan sebenarnya orang yang sentiasa mencari masalah.. – mencari masalah untuk diselesaikan.. anyway good artikel bro.. hope will hear from u soon..

    ps: minta izin untuk guna your artikel ini into my blog.. boleh?

  4. tokey macho says:

    ilmu yang berguna..thank yoji.

    ps: minta izin untuk guna your artikel ini juga .?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>