Pada post kali ini mungkin tulisan saya ini sedikit panjang.. Anda Sudah sedia pasti yang harga barang dinegara kita sudah meningkat jualan nya pada setiap tahun.. tapi seperti yang kita lihat rakyat malaysia tetap macam biasa.. macam biasa dalam erti kata saya ialah rakyat malaysia berbelanja macam tidak ada kesan atas kenaikan harga barang.. kenapa itu berlaku ya.. Mungkin rakyat malaysia nie tergolong dari golongan orang berpendapatan mewah atau sudah menjadi kebiasaan kepada kita harga barang sudah naik atau kita sudah bersedia yang harga barang akan naik .. Walau apa pun kita fikirkan saya rasa kita perlu lah mulakan berjimat cermat.. pada yang dah berjimat cermat tahniah kepada anda kerana itulah langkah terbaik untuk menjamin kewangan masa depan anda… Bukan apa kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada kita pada masa akan datang jadi elok la kita berjimat cermat.. Pada awal tahun ini elok lah kita mulakan azam baru ini dengan berjimat cermat.. Buat target anda tahun ini dan laksanakan supaya target anda tercapai..
ok saya sediakan pada anda Tip-tip amalan berjimat cermat yang perlu anda ikuti
Tip 1 : Rancang kewangan
Rancang kewangan sangat penting supaya anda menggunakan wang anda dengan cara yang btul… Tetapkan terget tahunan anda .. sebagi cth pendapatan tahunan anda adalah RM12 000, jadi target 20% sahaja dari pendapatan tahunan anda..kalau 10 tahun dah Rm20000 simpanan anda.. tu tidak laburkan duit itu untuk emas, amanah saham dan sebagainya.. mungkin leh cecah RM100 ribu siapa tahukan..
Tip 2 : Sediakan Bajet kewangan anda dan keluarga
Keperluan keluarga mestilah diutamakan jadi wang anda mestila menggunakan bajet yang betul.. sebagai contoh sebelum pergi ke pasarraya listkan barang yang perlu untuk keperluan keluarga , itu sangat penting supaya kita tidak membeli barang-barang yang tidak sepatutnya kita dapatkan..
Tip 3 : Bijak menggunakan kenderaan ke tempat kerja atau sekolah
Masih ramai yang mengunakan kenderaan seperti kereta untuk ketempat kerja walaupun jarak rumah ketempat kerja tidak lah jauh hanya beberapa kilometer sahaja.. jadi ubah sikap ini naik basikal ke seperti di negeri jepun, yang udaranya masih segar walaupun negara maju dan tubuh badan kita juga turut sihat
..Ataupun anda boleh gunakan kenderaan awam ..
Tip 4 : Jimatkan penggunaan air dan elektrik
saya masih ingat lagi masa saya tinggal nenek saya dahulu , dia amat ambil berat tentang penjimatan elektrik kalau ada lampu terbuka tampa ada yang mengginakanya terus dia tutup dan saya lihat bil nenek saya ini hanya RM1 ke RM5 je setiap bulan.. boleh ke kita berbuat demikian.. kita boleh lagi boleh menggunakan cara ini tambahan pula kerajaan belum menarik lagi penggunaan RM20 kebawah tidak perlu membayar elektrik..
Tip 5 : Kurangkan pembelian barangan berjenama
Kenapa kita perlukan barang berjenama.. kualiti ke atau kepuasan.. dalam situasi ekonomi sekarang yang tidak menentu elok sangat kita merubah pemikiran kita ini untuk berjimat cermat dengan bijak membeli.. kurangkan pembelian berjenama tidak kira pakaian , barangan gadget dan sebagainya.. rasanya kalau kita tidak membeli barangan jenama kita tetap sama jugakan.. tetap bahagia..
itu tip khas dari saya tentang berjimat cermat.. Jika anda mahukan 25 tip lagi tentang penjimatan ini boleh ke site Tip Penjimatan
ok itu sahaja post saya kali ini.. nntikan review saya tentang tip penjimatan
sudi-sudilah berikan komen ya..



salam, betul tu yoji..
nenek yoji sama macam atuk saya..
hehe.. org dulu pandai berjimat..
orang sekarang boros (macam saya)..
tapi sekarang orang bijak mencari peluang.. hehe..
dalam keadaan ekonomi sekarang yang tak menentu ni.
apa jua cara dan kaedah penjimatan memang dinanti-nantikan.
terima kasih!
wsalam,
ya bro.. org tua2 mmg pandai berjimat.. sbb dah lalui zaman kegelapan masa dlu..
apa lagi .. kita bertindak skrang..,